JAIPUR (India): Seorang petani yang berikrar tidak akan kahwin sebelum lulus peperiksaan sekolah menengah, sekali lagi gagal buat kali ke-38 ujian berkenaan.
Shiv Charan Yadav gagal dalam ujian itu setiap tahun sejak 1969. Ujian berkenaan biasanya diambil oleh pelajar berusia 15 tahun. Yadav sudah berusia 30-an apabila berazam untuk memperbaiki diri menerusi pelajaran.
Tahun ini, dia gagal dalam semua subjek kecuali Sanskrit dan hanya mengumpul 103 daripada 600 markah.
Dia mengakui menghadapi masalah dalam matematik yang menurunkan markah keseluruhan. Apapun, dia juga berkata bahawa dia akan berkahwin dengan gadis di bawah usia 30 tahun apabila lulus peperiksaan itu. – Reuters
Macam-macam: Petani teruna kerana gagal peperiksaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment