BERLIN: Pengguna jalan raya di Berlin terkejut semalam apabila mendapati mereka ‘berkongsi’ kawasan sesak itu dengan sekumpulan haiwan termasuk kuda, unta dan kambing yang terlepas dari sebuah zoo berhampiran ibu negara Jerman itu.
Haiwan berkenaan iaitu enam ekor kuda, tiga unta, dua kambing dan seekor llama, terlepas dari sebuah zoo mini di timur Berlin dan muncul di satu bulatan jalan raya sesak kira-kira jam 7 pagi ini.
Polis berkata kehadiran kumpulan haiwan itu mencetuskan kekalutan di jalan raya berkenaan tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
Haiwan berkenaan berjaya ditangkap semula. Namun, polis masih buntu bagaimana haiwan itu boleh terlepas.
Macam-macam: Kuda, unta, kambing buat lalu lintas makin kalut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment