Profile

Quanfornication, Pahang, Malaysia
{Yes This is me} (Computer enthusiast) (Humble Slave) (I'm not Geek) (Abnormal) (Sinner Slave) (Talkative) (Dummies) (Gadget Freak + Enthusiast) (Network Engineer To-be) (Skeptical)  <<(((Here i would like to express my gratitude to Makcik misbah who has teach me Alif Ba Ta, Mr Mior Zaharin Mior Azim who teach me alot of thing regarding Computer also all my Sifu and Guru. Thanks For the knowledge that u give to me. i will distribute every inch knowledge i know to all the people outside.))>>

Hasnah: Pelajar Melayu Murtad di USA

Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. I believe you can find out more who this Hasnah is from the recording.
Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar. Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini.

Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah dan Islam, dan sebaliknya mengagung2kan kristian. Sebagai seorang Muslim, saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu.

Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya di dalam rakaman ini. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.

Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagi satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apapun,alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.

Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan, kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya.

Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak. Membuat saya terfikir, mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya?

Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka, sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.

Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yg lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg di ambil oleh musuh islam unutk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur. Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.

Wassalam,

0 comments: