HERNDON (Virginia): Amerika Syarikat didakwa sengaja menghalang seorang rakyatnya membawa anak lelaki berusia 3 tahun dari Maghribi ke negara itu hanya kerana nama budak itu menyamai pengasas Hamas, Sheik Ahmed Yassin yang disifatkan Washington sebagai pemimpin kumpulan militan.
Dakwaan itu dibuat satu pertubuhan hak asasi manusia Amerika, Majlis Perhubungan Amerika Islam (CAIR).
Pengarah Perundangan CAIR, Morris Days berkata, Abdeloihab Boujrad berjuang lebih dua tahun bagi memastikan anaknya itu dapat tinggal bersamanya di Virginia.
Malangnya, kerajaan Amerika juga tidak menjelaskan alasan ia menolak permohonan itu.
Nama anak kecil itu adalah Ahmedyassine sama seperti Sheik Ahmed Yassin, pengasas Hamas yang mati dibunuh Israel pada 2004.
Days berkata ramai penduduk Muslim Amerika berdepan masalah permohonan kerakyatan mereka ditolak, ditangguh tanpa alasan munasabah sejak kejadian 11 September 2001.
Kelewatan memproses permohonan bagi anak kecil itu menyertai ibu bapanya sememangnya sukar difahami kecuali namanya jelas mencetuskan masalah.
“Dia dimaklumkan yang permohonannya itu terpaksa melalui proses penelitian pentadbiran.
Apakah ancaman boleh dibuat seorang anak kecil sehinggakan perlu melalui proses kajian pentadbiran?” katanya
0 comments:
Post a Comment